Ramai ibu-ibu kat luar sana yang bertanya tentang isu minum air putih dalam dalam kuantiti yang banyak, boleh ker? Kan kerap pergi tandas, gerun la takut jahitan terbuka.. Kalau yang ada pengalaman berpantang cara kampung, tentu kena catu air putih kan?? Huhuhu..Orang tua pesan jangan minum air banyak-banyak nanti kembang rahim. Bagi yang dah biasa dengan set bersalin shaklee, kita akan suggest ambik air putih dalam kuantiti yang banyak utk kesan maximun..
Jom baca sharing dr http://www.mysupervitamins.com/ semoga bermanfaat ye untuk ibu yang sedang berpantang.. jangan risau la, air putih takkan memudaratkan rahim sume tu..
Soalan yang sering diajukan?
Selamatkah nak minum air kosong 3 L ni masa pantang? Orang tua kan pesan jangan minum banyak nanti rahim kembang. Kalau minum banyak, buang air kecil banyak..luka jahitan macam mana? Lambat baikkah?
Jawapan:
Minum air kosong banyak adalah yang amalan sihat dan selamat, pada waktu biasa, hamil atau berpantang. Apa lagi kita akan menyusu bayi selepas itu. Tiada bukti menunjukkan bahawa rahim akan mengembang akibat minum air berlebihan.
Memang benar ibu akan kerap buang air kecil jika minum banyak air. Ini tidak memberi kesan kepada luka, tidak kiralah sama ada ia luka akibat bersalin normal atau luka akibat pembedahan.
Di antara kebaikan minum air yang mencukupi setiap hari ialah :
1. Hidrasi badan yang sempurna. Diri akan berasa lebih segar.
2. Membantu dalam penyusuan ibu yang berjaya!
3. Membantu dalam proses nyahtoksin.
4. Membantu dalam usaha menurunkan berat badan. (Kita sering salah tafsir rasa “lapar”. Kerap kali “kelaparan” itu disebabkan oleh kurang “air dalam badan” dan bukan “kurang makanan”!)
5. Mengurangkan serangan sakit kepala. (Dehidrasi merupakan salah satu punca sakit kepala.)
5 Cara Atasi Buasir
1. Cuba elakkan daripada meneran ketika membuang air besar. Regangkan otot lantai pelvik dan tarik nafas dalam.2. Elakkan diri daripada berdiri terlalu lama. Semasa berbaring, digalakkan untuk mengiring berbanding menelentang.
3. Keraplah berenang atau lakukan senaman ringan yang dapat memperbaiki peredaran darah.
4. Minum banyak air dan ambil makanan kaya serat untuk mengelakkan sembelit yang boleh mencetuskan buasir.
5. Jika berlaku buasir, beritahu doktor. Beliau akan memberi anda krim yang dapat meredakan bengkak dan mengurangkan kesakitan.
Selain itu, kurang air semasa berpantang boleh sebabkan jangkitan. Bagaimana berlaku?
Apabila ibu minum kurang air, kemungkinan pundi kencing akan menjadi kering. Ibu akan kurang buang air dan air kencing menjadi kotor. Apabila ini terjadi, jangkitan kuman pada faraj dan pundi kencing kemungkinan besar akan berlaku. Jika tidak mendapat rawatan, ia boleh merebak ke dalam darah dan memudaratkan organ lain dan boleh membawa maut juga.Menurut Dr Sufiah Sulaiman, Pensyarah Kanan Jabatan Obstetrik & Ginekologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), tahap imunisasi ibu dalam pantang sangat lemah.. Jika diambil mudah penjagaan dan kebersihan diri, jangkitan kuman sangat mudah terjadi. Jadi, pastikan ibu sentiasa menukar tuala wanita dengan kerap, menjaga luka jahitan dengan baik, mengambil pemakanan seimbang dan paling penting minum air secukupnya. Sekiranya ibu mendapati jangkitan berlaku, cepat dapatkan rawatan doktor dan ambil antibiotik bagi mencegah komplikasi lain.
Hakikatnya, ibu berpantang selamat dan amat disarankan untuk minum air kosong banyak. Janganlah kerana kata kata minum air banyak dalam pantang menyebabkan rahim kembang, perut buncit dan menggeleber, kita sanggup dedahkan diri pada hidrasi dan bahaya jangkitan kuman. Bukan sahaja diri terdedah pada jangkitan, bayi juga pastinya ‘menderita’ kerana tidak mendapat susu ibu secukupnya. Renungkanlah. Saya pasti anda tahu apa yang terbaik buat diri dan bayi tesayang.
Kredit - http://www.mysupervitamins.com/
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS / Whatsapp - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)
Untuk Jawapan Segera -->> ISI FORM INI
Untuk Jawapan Segera -->> ISI FORM INI
No comments:
Post a Comment
Sila komen ye..jangan malu-malu