Ramai ibu-ibu kat luar sana yang bertanya tentang isu minum air putih dalam dalam kuantiti yang banyak, boleh ker? Kan kerap pergi tandas, gerun la takut jahitan terbuka.. Kalau yang ada pengalaman berpantang cara kampung, tentu kena catu air putih kan?? Huhuhu..Orang tua pesan jangan minum air banyak-banyak nanti kembang rahim. Bagi yang dah biasa dengan set bersalin shaklee, kita akan suggest ambik air putih dalam kuantiti yang banyak utk kesan maximun..
Jom baca sharing dr http://www.mysupervitamins.com/ semoga bermanfaat ye untuk ibu yang sedang berpantang.. jangan risau la, air putih takkan memudaratkan rahim sume tu..
Soalan yang sering diajukan?
Selamatkah nak minum air kosong 3 L ni masa pantang? Orang tua kan pesan jangan minum banyak nanti rahim kembang. Kalau minum banyak, buang air kecil banyak..luka jahitan macam mana? Lambat baikkah?
Jawapan:
Minum air kosong banyak adalah yang amalan sihat dan selamat, pada waktu biasa, hamil atau berpantang. Apa lagi kita akan menyusu bayi selepas itu. Tiada bukti menunjukkan bahawa rahim akan mengembang akibat minum air berlebihan.
Memang benar ibu akan kerap buang air kecil jika minum banyak air. Ini tidak memberi kesan kepada luka, tidak kiralah sama ada ia luka akibat bersalin normal atau luka akibat pembedahan.
Di antara kebaikan minum air yang mencukupi setiap hari ialah :
1. Hidrasi badan yang sempurna. Diri akan berasa lebih segar.
2. Membantu dalam penyusuan ibu yang berjaya!
3. Membantu dalam proses nyahtoksin.
4. Membantu dalam usaha menurunkan berat badan. (Kita sering salah tafsir rasa “lapar”. Kerap kali “kelaparan” itu disebabkan oleh kurang “air dalam badan” dan bukan “kurang makanan”!)
5. Mengurangkan serangan sakit kepala. (Dehidrasi merupakan salah satu punca sakit kepala.)