Lalu, dengan senyum dan sabar kakak ini menerangkan, "Vitamin C ni boleh
 mencerahkan kulit. Mengikut pemahaman orang melayu, boleh putihkan 
kulit la tu. Tapi, bukan makan sehari, seminggu terus putih melepak. 
Jadi, kena faham fungsi vitamin C atau vitamin-vitamin lain untuk 
dapatkan kulit putih ni. Maklum saja, standard orang sekarang, nak dapat
 kulit putih macam Adira, dalam masa sesingkat mungkin. Lagi, definisi 
kulit cantik bukan semestinya 'putih' :) ".
Kulit akan kelihatan cerah/putih dan cantik sekiranya:
- kulit tegang tanpa kedut-kedut yang menampakkan ciri-ciri 'tua'
 - kulit berseri, tidak kusam, bebas anemia
 - tuan empunya diri sentiasa ceria, suka senyum dan sentiasa berfikiran positif
 - kulit memang dah sedia putih sejak lahir (faktor genetik)
 







