Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

**Terima Kasih Yee.. Dapatkan Pelbagai Diskaun Menarik di JOM SINGGAH

^^FANPAGE - JOM SINGGAH- TIP KESIHATAN PERCUMA^^

JOM SINGGAH on Facebook

Untuk Sebarang Pertanyaan - ISI FORM NIE





Saturday, September 29, 2012

Apa Kena-Mengena Suplemen Dengan Diet



















Perlukah kita mengambil suplemen jika ingin menurunkan berat badan? 
Jawapan saya ialah, ia adalah PILIHAN. Mengapa tiba-tiba jer saya terasa nak berdiet sedangkan azam diet ni saya dah laung-laungkan sejak zaman bujang lagi tapi tak berjaya juga sebab saya tiada ILMU. Apa-apa yang kita buat pun perlukan ILMU, kalau tidak kita akan buat kerja separuh jalan atau gagal. So, saya bertuah kerana dapat berjumpa 2 blog yang memberi saya sumber inspirasi iaitu blog sususejat.com dan juga blog kevin zahri. Di situ saya jumpa banyak artikel-artikel yang benar cara untuk berdiet. Tapi saya lebih suka melepak blog sususejat.com sebab dia buat kajian dan latarbelakang dia juga menyakinkan saya bahawa apa yang diberikan adalah fakta yang tepat.

Untuk program diet saya ini saya akan teruskan pengambilan suplemen yang memang saya makan sejak menyusu dan paling mengujakan multivitamin dan B Complex sebenarnya bagus untuk mempercepatkan penurunan berat badan di samping menjaga pemakanan serta beriadah. Saya kurang suka berdiet dengan cara tidak ambil nasi tanpa melakukan apa-apa aktiviti yang mengeluarkan peluh. Sebenarnya kita boleh meneruskan amalan ambil nasi seperti biasa tetapi di dalam jumlah yang terkawal, mungkin dahulu saya makan 5 pinggan sekali hadap laaa ni saya belajar untuk makan setengah pinggan sekali hadap. Memang susah tapi untuk berjaya tiada jalan pintas.


Pengambilan GLA yang konsisten, mengubah segalanya



"Saya Hamil, Terima Kasih GLA Complex!", ni bukan statement ye tapai ada salah seorang yang mengamalkan GLA complex secara berterusan berjaya hamil setelah sekian lama menunggu untuk hamil kali ke 3 nie.. Alhamdullillah, terima kasih ALLAH.. 


Jom baca berita baik ni ye.. ni link blog beliau >>> MAMACEKAL





WM RM91.25
EM RM 95.00



OMG i'm pregnat!!! Alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan. 27hb hari itu saya sengaja gatal-gatal jari nak beli pregnancy test tak sangka pula ada huhu. Seakan tak percaya sebab last period saya ialah 27 Jun 2012 dan positif pada 27 Julai 2012. Sebelum ini period saya memang tunggang-langgang semenjak berhenti suntikan Depo Injection pada bulan Januari tahun ini. Selepas berhenti dalam 3 bulan saya tidak didatangi period dan menyangkakan pregnant tapi setiap kali saya buat test di rumah semuanya NEGATIVE. Selepas itu saya mula konsisten mengambil GLA 2 biji sehari semata-mata nak perbetulkan semula period saya yang mana sememangnya dah tunggang-langgang


AMAL JARIAH : Peluang Utk Bagi Sesiapa nak Bersedekah..Insyallah, Ganjaran Lebih Banyak Menanti Anda


(Setelah anda membaca maklumat ini, harap dapat sebar-sebarkan kepada kenalan anda agar mereka juga dapat beramal jariah seperti  anda, terima kasih)
السلام عليكم

LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (LIMPAH) adalah pusat kebajikan dan penempatan yang menaungi golongan yang layak menerima zakat (asnaf), fakir-miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

LIMPAH memulakan operasinya pada Disember 2005 dengan menyewa sebuah rumah di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor dengan menempatkan 10 orang kanak-kanak pada waktu itu dari sekitar Selangor.

Berkat kesungguhan dalam memperjuangkan nasib golongan asnaf ini, LIMPAH kini sedang menanggung 70 orang pelajar yang tergolong dalam kategori ini. Mereka di tempatkan beberapa buah bangunan yang digunakan sebagai asrama dan sekolah. Anak-anak ini dididik dan diajar agar menjadi insan yang kenal diri dan Penciptanya, berperibadi mulia serta mampu memajukan diri, dan akhirnya akan memberi manafaat kepada orang lain di suatu masa nanti.

Sifat-Sifat Isteri Yang Dijanjikan Syurga


Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara
diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa’: 34)
Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, 
antaranya adalah taat kepada Allah swt dan kepada suaminya dalam perkara yang 
makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.

Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa’di r.h. berkata: “Tugas seorang isteri adalah
menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman:
Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika 
suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya”. Iaitu taat kepada suami mereka bahkan 
ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya.
(Taisir, hal. 177)

Ketika Rasulullah menghadapi permasalahan dengan isteri-isterinya sampai beliau
bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT menyatakan kepada 
baginda SAW dengan firman yang bermaksud:Jika sampai Nabi menceraikan kalian, 
mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik 
daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat (taat kepada Allah), taibat (sentiasa bertaubat), 
‘abidat (sering beribadat), saihat (kerap berpuasa) dari kalangan janda ataupun gadis. 
(at-Tahrim: 5) [Al-Jami' li Ahkamil Quran, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132]

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang wanita menjaga
solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada
suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam 
syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai”
(riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami’ no. 660, 661)

Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat kita simpulkan bahawa sifat isteri yang solehah 
adalah sebagai 
berikut:
1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa
menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.
2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan
banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.
3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah
yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.
4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir
kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan 
membawa dosa seperti dusta dan lainnya.
5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada
Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.
6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya
dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga
yang hendak mendengar. Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.
Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:
1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya.
Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang 
menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali 
kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan 
tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: “Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda”.
 (riwayat al-Nasai dalamIsyratun Nisa no. 257.)

JAWAPAN: KACANG SOYA MENGALIH PEMAKANAN SUNNAH?




Sekali sekala pasti akan ada yang mengajukan kepada kami tentang 'fakta' bahayanya kacang soya, memberi link artikel, mahupon memforwardkan email yang berkaitan. Acapkali itu jugalah kami akan gigih mengeluarkan semula fakta sebenar Soy Protein dari Shaklee, walaupun adakalanya, kandungan artikel tersebut telah banyak kali dikongsikan di laman ini.

Nahhh, jika anda sedang membaca artikel ini tatkala ini, sudi-sudikanlah untuk turut membaca artikel yang lepas di bawah kategori Energizing Soy Protein (ESP), ya!

Walaubagaimanapun, sejujurnya saya bersyukur! Dengan adanya lambakan artikel tentang 'fakta' bahayanya kacang soya di alam maya ini, customer akan mula mencari kami untuk bertanyakan tentang status Shaklee ESP. Dan setelah kami kongsikan fakta sebenar, lebih ramai yang akan memilih untuk terus mengkonsumsi Shaklee ESP ini.

Dengan kata lain (di dalam bahasa bisnes), jualan Shaklee ESP akan meningkat! ;)

Berbalik kepada isu 'Kacang Soya Mengalih Kita Dari Pemakanan Sunnah', ini jawapan yang pernah dikongsikan oleh mysuperkidssebelum ini...

Tahukah anda apakah ciri-ciri kacang soya yang sepatutnya kita ambil?

(1) Ditanam secara organik.
(2) Tidak menjalani proses genetik (non-GMO).
(3) Mengandungi 9 asid amino penting.
(4) Dalam proses pembuatan untuk menghasilkan soya yang mengasingkan, kepingan soya dihancurkan dan dibasuh dengan air, bukan alkohol.
(5) Bahan anti-thyroid/anti-pertumbuhan disingkirkan
(6) Diproses tanpa dipanaskan.
(7) Ditambah dengan kalsium? (ketika minyak dikeluarkan, ia menjadi makanan berasid ? dineutralkan bila kalsium ditambah)

Friday, September 28, 2012

Kelebihan Zakat

poster credit to : Master Iffah Anuar

Firman Allah:

"Bandingan (derma/infak) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya". (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 261).


Firman Allah:
"... dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung". (Al-Quran Surah An-Nur 24 : Ayat 38)


Firman Allah:
"Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". (Al-Quran Surah As-Saba 34 : Ayat 39).

Kalau rasa rezeki berat nak masuk.. apa kata amalkan sedekah... wakaf... zakat tu of courselah wajib ye tak.. cer buat lebih dari biasa.... MIRACLE HAPPEN.. percayalah..

poster credit to : Master Iffah Anuar





Amalan untuk pasangan yang ingin mendapat zuriat



Untuk pasangan yang sedang merancang untuk mendapatkan zuriat, disamping ikhtiar kita mengambil supplement utk kesihatan dalaman, sedikit amalan yang boleh diamalkan.

Ya Musowwiru – membawa maksud Yang Menciptakan Segala bentuk dan Rupa. Asmaul Husna ini amat berkhasiat bagi pasangan suami isteri yang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Berikut adalah amalan yang perlu anda lakukan – Isteri hendaklah berpuasa 7 hari, mulai hari Ahad sehinggalah hari Sabtu. Setiap kali berbuka puasa, ambil segelas air masak, bacakan Ya Musowwiru sebanyak 21 kali, tiupkan ke dalam gelas tersebut. Air itu kemudian dimunum untuk berbuka puasa. Suami pula harus berpuasa 3 hari, dan setiap kali ingin bersetubuh dengan isteri, bacalah Ya Musowirru sebanyak 10 kali.

Usaha, Ikhtiar, Doa dan bertawakkal kepada Allah SWT...InsyaAllah .. DIA mengetahui apa yang TERBAIK untuk kita..

Credit to Iffah Anuar

KELEBIHAN SOLAT DHUHA


KELEBIHAN SOLAT DHUHA

Khasiat dan Fadilat

























Sebagaimana yang kita fahami bahwa setiap amalan yang disukai dan yang dilakukan oleh Rasulullah terkandung banyak hikmat dan fadilatnya. Begitu juga dengan fadilat bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha secara istiqamah.

Rasulullah bersabda yang bermaksud,
“Siapa saja yang dapat mengerjakan sholat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”

Rasulullah bersabda lagi,
“Sholat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara sholat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”

Thursday, September 27, 2012

Penangan ESP.. Payudara Makin Anjal, Baju Lencun & Kulit Anak Sihat dan Cantik



ESPSalam semua. Bagi yang baru singgah blog JOM SINGGAH ni,  ESP ni memang kegemaran ramai dan merupakan ‘HOT PRODUK’ dari Shaklee. Bayangkanlah di awal puasa hari tu stok ESP seluruh Malaysia hampir habis. Alhamdullillah sekarang back to normal

ESP ni memang tersangat banyak khaisatnya. Untuk ketahui khasiat-khasiat ESP 
klik sini.

 espfungsi
kredit pic - LIFEFIT.MY

Biasanya ibu-ibu yang menyusukan anak mesti perasan payudara makin kendur dan tak cantik macam zaman anak dara dulu kan. Jadi khusus buat para isteri yang mahu terus memikat hati suami, ESP ni membantu menganjalkan kembali payudara seperti pengguna ESP di bawah ni (nama & gambar dirahsiakan atas kehendak empunya diri)

ESP breast copy
 kredit pic : http://www.lifefit.my

Hilang 17 Kg Lepas Bersalin, Badan Kembali Langsing, Kulit Berseri-Seri… Apa Rahsianya?



pic slim

Bagi ibu yang sedang menyusukan baby, tahniah kerana usaha murni anda. Saya pun masih menyusukan baby, alhmadullillah dengan supplemen darai shaklee saya rasa sihat, masih segar walaupun  terpaksa berjaga malam untuk bf anak plus susu pun keluar dengan lancar. Terima kasih ALLAH kerana ditemukan dengan ahli shaklee yang betol guide kita untuk berjaya dalam penyusuan dan jana income dalam shaklee plus kesihatan terjamin. Kesihatan itu mahal.

Iklaneka jap, sebenar nak cerita pasal seorang ibu yang berjaya menurunkan berat sebanyak 17kg selepas bersalin..mmg superb. Ni pun terjumpa kat blog LIFEFIT.MY, semoga pembaca JOM SINGGAH juga berpeluang utk turunkan berat badan seperti ibu dalam gambar tu ye.. Saya pun masih berusaha untuk menurunkan berat, dalam sebulan turun dalam 4kg pun dah kira ALHAMDULLILLAH sgt..

Vitamin yang dicadangkan utk ibu menyusu  tampil kurus dan langsing adalah :
  • Lecithin – membakar lemak berlebihan dalam badan
  • Alfalfa – detox untuk menyingkirkan toksin dan membuang lemak berlebihan dalam badan
  • ESP – Protein Shake untuk mengawal selera makanmeningkatkan metabolisme badan untuk membakar lebih banyak lemak dan memberi rasakenyang berpanjangan.

AMAL JARIAH :: Mohon SUMBANGAN bagi pihak Pusat Pendidikan An-Nuur


Saya menyeru kepada dermawan-dermawan di seluruh Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya, untuk sama-sama menyumbang kepada Pusat Pendidikan islam An-Nuur. Bagi menampung kos penyelengaraan sekolah tersebut. Gaji tenaga pengajar mereka hampir dua bulan tidak dapat dibagi. Dan terbaru, pihak sekolah Cuma mampu menyediakan nasi goreng untuk pelajar-pelajar mereka.
Pihak sekolah menghadapi kesukaran dari sudut kewangan. Tonggakan yuran bulanan pelajar yang ditidak dijelaskan hampir mencecah RM40 ribu .
Dua hari lepas saya secara peribadi telah bertemu dengan Bendahari Pusat Pendidikan An-Nuur, dan bertanyakan hal ini. Menurut beliau,
Bendahari Ustaz Ramdhi : “Benar pihak sekolah terpaksa menghantar pulang lebih kurang 30 orang pelajar untuk mereka mengambil duit dari Penjaga mereka bagi menyelesaikan tonggakan yuran bulanan mereka. Dan apabila pulang semula kesekolah kebanyakan daripada mereka masih tidak dapat membayar yuran tersebut. Sebenarnya, situasi pelajar mempunyai tonggakan yuran ini biasa terjadi tetapi tidaklah segenting ini.”

Tuesday, September 25, 2012

Tahniah, Anda Hamil! Apa Yang Perlu Anda Tahu Seterusnya?

kredit - http://pama.karangkraf.com
pama1
Tahniah, Anda Hamil! Apa Yang Perlu Anda Tahu Seterusnya?
Anda mesti mempunyai banyak soalan. Tidak kira jika ini adalah kehamilan anda yang pertama atau anda ingin menambah ahli keluarga anda. Salah satu daripadanya ialah tentang penjagaan kesihatan. Sepanjang 40 minggu hamil, pelbagai perubahan fizikal dan mental yang anda dihadapi.  Oleh yang demikian, siapkan diri dengan segala info agar anda seronok sepanjang kehamilan.
8 Perkara Perlu Tahu Untuk Kehamilan Sihat :
1. Pemeriksaan Antenatal
Penjagaan antenatal sangat penting untuk memastikan anda dan bayi sihat sepanjang kehamilan. Berjumpa doktor O&G sejak awal kehamilan membolehkan mereka memantau kesihatan dan perkembangan bayi dan anda dari semasa ke semasa.

Makanan Berkhasiat, Anak Sihat


kredit- http://pama.karangkraf.com


pix
Masuk sahaja usia 6 bulan, kebanyakan bayi sudah mula diperkenalkan kepada makanan pejal. Sedikit demi sedikit mereka belajar mengenali makanan yang pelbagai jenis dan rasa. Supaya anak terus mendapat makanan yang berkhasiat dan berguna untuk tumbesarannya, ada beberapa tip yang boleh dikongsi bersama. 
Setelah semakin membesar, tabiat pemakanan anak anda akan mula berubah. Begitu juga dengan keperluan pemakanannya. Tahun-tahun awal ini adalah waktu pesat untuk perkembangan fizikal dan mentalnya. Ini jugalah masanya tubuh memerlukan lebih nutrien untuk memastikan tumbesaran berjalan lancar. Ketika ini peranan ibu bapa sangat penting. Mereka perlu memastikan setiap makanan yang masuk ke dalam perut anak benar-benar berkhasiat.
Untuk membantu anak mendapatkan nutrien yang cukup bagi tumbesaran yang optimum, ada beberapa tip boleh dijadikan amalan.
Tip 1: Beri protein yang mencukupi
Jumlah protein yang mencukupi dalam diet harian anak penting untuk kesihatannya. Protein bukan sahaja menyumbang ke arah tumbesaran tubuh untuk kanak-kanak yang sedang membesar tetapi juga untuk membantu membina dan memperbaiki tisu badannya yang rosak. Berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien (Recommended Nutrient Intake -RNI) untuk rakyat Malaysia, kanak-kanak yang berusia di antara satu hingga tiga tahun memerlukan sebanyak 14gm protein setiap hari manakala kanak-kanak yang berusia di antara empat hingga enam tahun memerlukan sebanyak 23gm protein setiap hari. Oleh yang demikian, pastikan anak anda mendapat protein yang secukupnya.

Langsing dengan Program Pelansingan

PROGRAM PELANGSINGAN BERSAMA SHAKLEE

Ok....berita baik untuk anda. Untuk anda-anda yang rasa dah terlebih makan, nak menurunkan semula berat badan, boleh ikuti program pelangsingan bersama Shaklee.





1) Cinch Shake Mix
2) Cinch Tea Mix
3) Lecithin
4) Herb Lax





CANTIK, TEGANG, MULUS,HALUS—> AWET MUDA! dengan COLLAGEN POWDER




Bidang kecantikan dan kolagen? Memang tak dapat dipisahkan. Sebut kolagen semua orang akan sebut CANTIK, TEGANG, MULUS,HALUS—> AWET MUDA!
APAKAH KOLAGEN?
Kolagen berfungsi sebagai penyokong kepada seluruh tubuh badan kita. Kolagen terdiri dari serat protein yang ada pada kulit, tulang rawan, tulang dan tisu-tisu (juga di dalam kuku dan rambut). Secara kasar, 33% dari protein dalam badan adalah protein collagen, dan  75% kulit terdiri dari kolagen.
KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

Friday, September 21, 2012

Benarkah produk yang selamat untuk ibu menyusu juga selamat untuk bayi?

















Seorang ibu muda menelefon saya beberapa bulan yang lalu dan bertanya....
 " Kak, anak saya keluar ruam2 pada leher dan mukanya. Kesianlah penuh bintik2 merah dan 
mukanya juga jadi kemerah2an. Kenapa ya kak?" - sharing dr  http://www.anakkuwiraku.com/ 

Saya bertanya ada amalkan apa2 selain pengambilan vitamin? Beliau menjawab ada iaitu beberapa 
jamu yang disediakan ibunya memandangkan anaknya sudah 21 hari. Maka saya cuma menyarankan 
beliau stop segala jamu dan maajun selama 7 hari dan lihat kesannya kepada bayi beliau. Alhamdulillah  
baby beliau beransur sihat dan kini membesar dengan baik.

Vitamin yang perlu untuk ibu mengandung


Mengandung adalah saat yang indah bagi seorang ibu dalam menantikan kelahiran si kecil. 
Namun penantian selama 9 bulan itu perlulah dilengkapi dengan pemakanan yang seimbang agar 
bayi di dalam kandungan dapat membesar dengan sihat dan baik.

Sayangnya segelintir ibu2 tidak mengendahkan vitamin yang disarankan oleh doktor sepanjang kehamilan 
walhal vitamin itu sangat perlu untuk memastikan si ibu mempunyai cukup zat dan khasiat untuk terus 
membekalkan kepada si kecil dalam perut ibu.



Baru-baru ini saya ke rumah bidan menemami sahabat saya berurut dan kami bertemu dengan seorang 
ibu yang baru selesai berurut dengan bidan yang sama. Sambil memegang bayinya yang sangat kecil. 
Bayinya lahir cukup bulan dengan berat hanya 2.1kg sahaja. Sangat kecil dibandingkan dengan saiz badan 
ibunya yang besar. Saya mengambil peluang memegang bayi tersebut dan bertanya apakah si ibu itu 
mengamalkan vitamin sepanjang mengandung? Si ibu menjawab tidak kerana berat badannya naik ketika 
mengandung membuatkan beliau khuatir baby di dalam kandungannya besar.

sharing dr anakkuwiraku.com

Kandungan Utama Vivix - Ekstrak Botani yang Hebat dan Unik


Ekstrak tumbuhan di dalam Vivix




Anggur Muscadine

  1. Lebih Kromosom : 20 berbanding19 kromosom - Membantu melanjutan usia
  2. Kuasa Antioksidan - 40 X lebih tinggi
  3. Polifenol yang penting dalam Anggur Muscadine : Elagik Asid, OPCs (oligomerik proanthocyanidins) & Kuercetin
  4. Anti-kanser, antioksidan, anti-inflamasi
  5. Kebaikan Polifenol Anggur Muscadine: Anti-kanser, menyokong kesihatan sendi, mengurangkan kedutan, mengurangkan risiko penyakit jantung, mengurangkan komplikasi diabetes dan mengurangkan risiko bronkitisü & penyakit lelah.

Bagaimana Memastikan Kolon Anda Bersih





Badan manusia: Penciptaan yang sempurna


Badan kita telah diciptakan Allah dengan sempurna, mampu menyerap dan menyingkir dengan semulajadi. Spt yg kita tahu, kolon berfungsi untuk penyahtinjaan pepejal, buah pinggang untuk cecair, paru-paru untuk karbon dioksida, hati untuk detoksifikasi dan kulit untuk perpeluhan. Subhanallah, hebatkan?
Comparison antara healthy colon VS unhealthy colon

Kali ini saya nak bercerita tentang pembersihan kolon. Kita semua tahu kebanyakan punca penyakit bermula dari perut. Kolon yang sihat dan bersih sgt penting untuk penyerapan zat makanan lebih sempurna dan mengurangkan risiko penyakit usus seperti inflamasi dan diverticulutis.

Cara yang sihat untuk memastikan kolon kita bersih dan sihat:


Thursday, September 20, 2012

Jom Tingkatkan Followers Sampai Lebam




Jom Tingkatkan Followers Sampai Lebam

Jom layan gak..bagi meriah sket...syarat2 senang je.. huhu
Lagipun boleh up follow.. pastu kita follow kekawan lak..
Maklum je follower pun sket je skrang dlm 200 org je.. sila2 la singgah ye

Copy & Paste dari Entri Penganjur

Agak ganas sedikit ayatnya... layansss...

Wa harap ramai yang sudi join *kih kih *malu * . Kamon kamon saport sikit . Lagi pun bukannya rugi, boleh tambah follower pulak tu *hew hew .

Syarat syarat ?  


Saturday, September 15, 2012

Kelebihan dan rahsia disebalik ciuman (Khas untuk suami isteri saje)



Ahli perubatan mendapati bahawa bercium itu baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa seronok dan nikmat, tapi ciuman juga dikatakan berkesan untuk melawan pelbagai jenis penyakit.
Berikut ini adalah beberapa kelebihan dan keistimewaan ciuman;
1.     Berciuman dalam waktu yang lama boleh membantu sistem pengaliran darah kita. Ketika berciuman, degup jantung makin cepat hingga mencapai 110 kali degupan jantung seminit.

2.    Setelah bercium, paru-paru akan bekerja lebih keras. Jika dibanding dalam keadaan normal, tarikan nafas setelah bercium adalah kira-kira 60 tarikan nafas seminit (nafas normal hanya 20 kali tarikan nafas seminit). Maka bercium adalah baik untuk mencegah penyakit lemah paru-paru.

3.    Sesetengah doktor gigi percaya bahawa bercium dapat mencegah daripada gigi mudah berlubang. Ciuman akan membuatkan rembesan air liur berlaku yang mana ianya boleh meneutralkan cecair berasid yang menyebabkan kerosakan gigi.


Anda Nak Tahu Rahsia Vitamin B Compleks ?




Vitamin B memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan kita. Vitamin B menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrient dan menjaga sistem saraf. Vitamin B perlu diambil dalam kuantiti yang  disarankan dan selengkapnya (9 jenis vitamin B) untuk mendapatkan faedah yang optimum.

Gejala kekurangan vitamin B:
  • keletihan
  • kebas
  • kerengsaan usus
  • gemuruh
  • kemurungan
  • paranoia
  • lemah dan lesu
  • stress
Sumber vitamin B boleh diambil dari makanan seperti sayuran hijau, daging, ayam, telur, ikan, kacang dan bijirin; namun kebanyakan makanan ini telah melalui pelbagai proses, dan juga sisa-sisa pestisid (racun serangga) serta cara memasak menyebabkan kehilangan nutrient tersebut dari makanan.
Di samping itu juga, pencemaran udara dan air, pengambilan ubatan, antibiotik dan sebagainya menyebabkan tubuh kita kehilangan vitamin B. Tambahan pula, vitamin B adalah jenis larut air, jadi ia sentiasa hilang dari tubuh melalui peluh dan kencing.

Detox .. Simple checklist untuk kolon anda ..Sayangi Usus Anda.



Simple checklist untuk memastikan sama ada kolon atau usus besar anda menghadapi sebarang masalah:

  • Sering mengalami sembelit atau cirit birit
  • Kerap sakit kepala
  • Lemah daya tumpuan dan ingatan
  • Mudah meradang

Set Slimming budget - Lecitin, herblax & Alfafa




Set Slimming Budget

1. Lecithin - Untuk Memecahkan lemak
2. Alfafa - Untuk membuang lemak yang telah dipecahkan serta bertindak sebagai milk booster
3. HERB-LAX - dapat membantu anda mencuci usus dan menyingkirkan toksin di dalam badan
Aturan makan set slimming:

Tips untuk DIET & kuruskan badan dengan berkesan..




Ingin saya nyatakan bahawa, saya ni bukanlah perunding kesihatan atau pakar diet yer. Saya hanya insan biasa saja yang berkongsi info yang saya ada. Saya kongsikan beberapa tips yang mungkin boleh diamalkan untuk berdiet dan kurangkan berat dengan berkesan. Saya pun pernah mengunakan tips nie memang berkesan plus masa tu saya ambik protin untuk support daily nutrien saya. Memang superb 10 kg dalam masa sebulan. Walaupun diet, tapi kita kena ambik

JANGAN BUAT

1.     Jangan makan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi (ni pantang besar), roti, meehon, keow teow atau mee.

2.    Jangan makan makanan yang mempunyai kandungan gula/garam yang tinggi seperti ikan masin, kicap, cili sos, tomato sos, yogurt manis dan sebarang jeruk.

3.    Jangan makan frozen food (makanan beku sejuk) seperti burger, bebola ikan, sosej dan sebagainya.

4.    Jangan atau kurangkan pengambilan minuman yang berkafein seperti teh, kopi dan coklat. Kerana kafein melambatkan pembakaran lemak.

Friday, September 14, 2012

Di Sebalik Supplement – Tidak Semua Sama


Pernahkan anda berjalan2 di farmasi sekitar mencari-cari bekalan supplemen? Atau berdiri di tepi jalan dan seseorang merapati sambil mengiklankan sesuatu berupa supplemen? Atau mendapat email tentang suplemen yang bagus untuk kecantkan anda?
Supplement, atau dietary supplement adalah istilah yang digunakan untuk produk yang mengandungi satu atau lebih dari bahan-bahan di bawah:-
  • Vitamin
  • Mineral
  • Herba
  • Asid Amino
  • Sebarang bahan lain
Tujuan supplemen adalah untuk menambah baik nutrisi dalam diet sesetengah golongan dan BUKAN UNTUK MENGGANTIKAN DIET SIHAT.

Vitamin Sintetik atau Semulajadi : Ada Aku Kesah? Tp saya kisah..



Baru-baru ni sahabat lama saya minta konsultasi mengenai vitamin yang sesuai untuk ibu yang menyusukan. Alhamdulillah, berbekalkan ilmu dari kelas-kelas konsultasi dan pengalaman menyusukan dua orang anak - dapat juga saya kongsi dengan ex-classmate saya ni. Salah satu isu yang kami bincangkan ialah perbezaan antara vitamin sintetik dan vitamin semulajadi (natural) dan kesannya kepada kita. Dulu saya sendiri pun tak ambil 'kesah' pasal vitamin ni gara-gara takde 'knowledge' atau lebih mudah, tak nak ambil tahu pun. Tapi sekarang saya telah membuat pilihan, vitamin yang saya sekeluarga ambil mestilah vitamin semulajadi - bukan sintetik. Di antara perbezaan utama vitamin sintetik dan semulajadi ialah:

CIRI-CIRI
VITAMIN
SEMULAJADI
SINTETIK
SUMBER
dari bahan semulajadi seperti tumbuhan berkualiti tinggi
dibuat melalui proses tindakbalas kimia di makmal
STRUKTUR MOLEKUL
serupa dengan dalam bentuk semulajadi
Diubahsuai untuk menyerupai @ menghampiri bentuk semulajadi
contoh:
· Vitamin C yang diekstrak dari tumbuhan dan vitamin C yang dibuat di makmal biasanya mempunyai struktur yang sama
· Vitamin E dalam bentuk d-tocopherol hanya boleh diekstrak dari sumber semulajadi seperti minyak sayuran. Vitamin E sintetik pula hanya boleh dibuat dalam bentuk dl-tocopherol.
HARGA
biasanya lebih mahal
biasanya lebih murah dan mudah diperolehi
BIOAVAILABALITI
Boleh digunakan terus oleh sistem tubuh
tidak semua boleh digunakan terus oleh tubuh, hanya sebahagian kandungan yang dinyatakan dilabel akan diserap tubuh manakala sebahagian lagi akan dikeluarkan melalui bahan buangan
CO-FACTOR
mengandungi co-factor untuk bertindak secara semulajadi dan berkesan sebagaimana dalam sumber asal.
contoh :
· Vitamin E memerlukan Selenium untuk bertindak lebih berkesan
· Kalsium perlukan Magnesium sebagai co-factor
kebanyakannya tidak mengandungi co-factor
PROSES PEMBUATAN
sangat teliti, tiada proses pemanasan/ tekanan berlebihan dan dikawal dari pencemaran toksik kerana bahan semulajadi sangat sensitif dan mudah rosak.
proses pengilangan yang tidak melibatkan sensitiviti bahan semulajadi
BAHAN TAMBAHAN
Tidak menggunakan pewarna, perasa atau pemanis tiruan. Tidak memerlukan pengawet atau silica gel untuk mengekalkan kesegaran produk
Menggunakan pewarna, perasa atau pemanis tiruan untuk tarikan pengguna. Mengandungi bahan pengawet atau silica gel untuk mengekalkan kesegaran produk

kredit pic -bigsmilezone.com

JAWAPAN SEGERA

Name:
Email Address:
Pertanyaan mengenai produk @ harga

Form provided by Freedback.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM SINGGAH E-STORE